SOALAN-SOALAN LAZIM

flexi2pay adalah aplikasi mudah alih PERCUMA yang pertama di dunia untuk membantu semua pekerja yang bekerja sendiri, pekerja bebas, ataupun ejen, golongan ini lebih dikenali sebagai komuniti GIG. flexi2pay adalah aplikasi untuk mengurus, menjejaki semua perancangan, pengiraan dan pembayaran statutori anda seperti KWSP, PERKESO, cukai pendapatan dan juga Zakat.
flexi2pay App boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play.
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi flexi2pay dan mendaftar diri anda sebagai pengguna untuk menggunakan aplikasi flexi2pay.
Terdapat dua pilihan untuk menggunakan aplikasi flexi2pay iaitu pakej ahli PERCUMA yang melayakkan anda dengan penghitungan automatik pendapatan bersih, KWSP, PERKESO dan Zakat, manakala jika anda melanggan untuk pakej keahlian berbayar, anda akan dapat menikmati pengiraan pendapatan boleh guna, sokongan peribadi, rekod simpanan CP500 dan banyak lagi.
Anda hanya perlu membeli keahlian setahun dengan harga RM 57.50 sahaja. Insurans ini akan diaktifkan secara automatik untuk 5000 ahli pertama. Status insuran dapat dilihat melalui aplikasi flexi2pay. (Perlindungan insurans akan ditentukan berdasarkan budi bicara oleh syarikat insurans penanggung – Allianz)
Tawaran ini hanya untuk ahli terhad sahaja. Cepat, daftar lah sekarang.
Selain daripada pengiraan statutori, anda juga akan menerima Coins tambahan untuk menebus ganjaran. Aplikasi flexi2pay sedang bekerjasama dengan rakan dagangan (merchant) untuk memberi pekerja yang bekerja sendiri manfaat sama seperti pekerja korporat. Manfaat yang ditawarkan bersesuaian dengan pekerjaan bagi pekerja yang bekerja sendiri dan mereka juga akan dapat menjimatkan lebih banyak wang.
Sejarah transaksi boleh dilihat hanya di dalam aplikasi menu seksyen profil anda.
Coins adalah sistem ganjaran yang disediakan untuk ahli berdaftar yang bekerja sendiri dengan mengumpulkan Coins bagi menebus hadiah PERCUMA.
Coins dapat dikumpulkan dengan mendaftar keahlian flexi2pay. Ahli akan menerima Coins dengan setiap langkah pendaftaran yang telah selesai.
Bagi ahli yang ingin mengumpul Coins tambahan, ahli hanya perlu kongsi kod rujukan kepada rakan dan keluarga. Ahli yang telah berkongsi kod rujukan juga akan menerima Coins dengan setiap langkah pendaftaran yang diselesaikan oleh Perujuk.
Coins yang telah dikumpul boleh digunakan untuk menebus ganjaran.
Tidak, Coins flexi2pay tidak dapat dipindahkan kepada ahli lain dan ke luar aplikasi flexi2pay.
Coins flexi2pay akan luput pada akhir bulan ke 12 setelah ia dikreditkan.
Jaminan Sosial adalah berdasarkan konsep tanggungjawab bersama melalui penyatuan sumber, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan bagi pekerja yang bekerja sendiri. Fungsi Pertubuhan Keselamatan Sosial adalah untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja yang bekerja sendiri dan tanggungan mereka melalui skim tertentu seperti Skim Keselamatan Sosial Perkerjaan Sendiri dan Skim Keilatan.
Skim Keselamatan Sosial Perkerjaan Sendiri memberikan perlindungan kepada pekerja sendiri sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau jatuh sakit semasa bekerja.
Skim Keilatan memberi pekerja sendiri perlindungan 24 jam sekiranya mereka tidak lagi mampu memperoleh pendapatan.
Saluran persaraan adalah matlamat kewangan yang paling penting anda perlu miliki. Bertindak sekarang dengan menyumbang untuk dana persaraan, anda akan dapat memastikan bahawa anda mempunyai wang yang mencukupi untuk menikmati taraf hidup yang selesa apabila bersara nanti.
Bagi pekerja yang bekerja sendiri, pemfailan dan pembayaran cukai adalah amat penting sekali kerana ia dapat meningkatkan kedudukan anda apabila anda memohon pinjaman daripada bank. Bank dapat melihat daya maju pembiayaan anda dengan lebih jelas melalui pulangan balik hasil cukai pendapatan anda, selain daripada itu, anda turut melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

Nikmatilah faedah keahlian!
Muat Turun Aplikasi flexi2pay Sekarang!